Kementerian Pengangkutan meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapatkan laporan penuh daripada Grab Malaysia susulan penurunan kadar tambang per kilometer bagi rakan penghantar.
Pemandu Grab dilapor tidak berpuas hati terhadap penurunan tambang sekilometer daripada 70 sen kepada 25 sen yang disifatkan sebagai tidak berbaloi.